Cara nak plan karier

Kebanyakan daripada kita merupakan knowledge worker di mana kita mempunyai tugas untuk menyiapkan presentation pack, report dan sebagainya. Tugasan yang memerlukan keringat minda kita untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Tapi tahukah kita, ada cara untuk kita bina karier yang kita inginkan. Perkara tersebut dinamakan Lifestyle Centric Career Planning.

Ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan untuk bina karier yang kita inginkan.

  1. Define lifestyle macam mana yang kita inginkan.
    Tulis secara details dan cuba bayangkan hidup yang macam mana kita inginkan. Tanya soalan2 di bawah:

  • Sejauh manakah kita boleh kawal masa kita?

  • Macam mana work life balance yang kita inginkan?

  • Sejauh manakah kepentingan kerja yang kita lakukan?

  • Di mana tempat yang kita bakal tinggal?

  • Macam mana social life kita?

  • Macam mana orang kenali kita?

Guna soalan-soalan ini untuk describe kan secara details hidup yang kita bayangkan dengan karier yang diinginkan tersebut.

  1. Selepas kita dah define lifestyle yang kita inginkan, cuba lakukan "backward engineering" dengan menyenaraikan apa yang kita perlu lakukan untuk mencapai lifestyle yang diinginkan tersebut.

  2. Antara kelebihan Lifestyle Centric Career Planning ialah ia mengelakkan kita terlalu fokus dengan karier yang kita inginkan instead of what kind of lifestyle yang kita nak dalam hidup.

Selamat mencuba guys!

Next
Next

Macam mana nak jadi produktif di saat hidup tengah serabut?