Macam mana nak jadi produktif di saat hidup tengah serabut?

Dalam dunia yang “perfect”, setiap apa yang kita plan dalam hidup akan berlaku.

Tetapi pada realitinya, ia tidak akan berlaku seperti yang kita inginkan kerana ada sahaja perkara yang bukan dalam kawalan kita.

Contohnya macam:

  • Anak mengamuk

  • Tiba2 bos suruh buat kerja lain

Perkara yang unplan ni akan mengacau segala apa yang kita plan dan saya pasti korang semua pun pernah melalui benda2 macam ni.

Pada saat itu, akan datang keserabutan dalam hidup kita sehingga menyebabkan kita tak dapat berfungsi sepenuhnya. Dan keadaan tersebut menyebabkan kita rasa “overwhelmed” dan jugak stress.

Maka apa yang kita perlu lakukan?

Ada 3 perkara yang kita boleh lakukan.

Sedar yang segala apa yang berlaku atas kehendak Allah s.w.t

Ini mindset pertama yang kita kena bina. Kita tak akan dapat control segalanya. Pasti akan berlaku atas taqdir Allah s.w.t.

Mindset ini akan menjadikan kita lebih tenang dan sedar yang kita hanya mampu berusaha untuk melakukan perkara yang dirancang.

Fokus pada satu task sahaja

Pada saat itu, apa yang kita boleh lakukan adalah untuk fokus pada satu task sahaja. Kemungkinan apabila siap satu task, kita akan dapat lakukan task lain lagi.

Jadi, keep fokus dan hanya lakukan satu task sahaja. Sekurang-kurangnya, dapat la jugak siapkan sesuatu daripada melayan feeling “overwhelmed” tersebut.

Berehat

Rehat adalah unsur terpenting apabila kita sembang pasal produktiviti. Kerana manusia diciptakan Allah s.w.t untuk berusaha pada siang hari dan berehat pada waktu malam.

Maka elemen rehat ini akan menjadikan kita lebih bermotivasi pada keesokan harinya dan terus melayari kehidupan kita yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Dengan 3 perkara ini, pada saya inshaAllah dapat menyelesaikan keserabutan kita.

Previous
Previous

Cara nak plan karier

Next
Next

Cara nak overhaul hidup